Anggota PDRM, SPR Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Undi Awal

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog 'milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang Rabu.

"(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan.

Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan