Abdul Ghani Sokong Khaled Nordin Sebagai Calon MB Johor - Berita Semasa | mStar

Abdul Ghani Sokong Khaled Nordin Sebagai Calon MB Johor

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

TANGKAK: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyokong calon Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar yang seterusnya jika BN berjaya mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Abdul Ghani berkata, walaupun beliau tidak mempunyai kuasa untuk memilih siapa Menteri Besar seterusnya, Khaled merupakan ahli politik berpengalaman yang cukup memahami jawatan tersebut.

"Ya, sudah tentu, saya akan menyokong beliau atau sesiapa saja yang dipilih. Beliau amat berpengalaman dan menjadi wakil rakyat serta bersama dengan parti setelah sekian lama.

"Beliau turut berkhidmat dalam kapasiti berlainan dalam kerajaan dan saya percaya beliau cukup memahami peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin di peringkat Menteri Besar.

"Saya yakin beliau dapat memenuhi semua janji dan tanggungjawab dengan baik," katanya selepas menghadiri mesyuarat tertutup di sini, pagi Khamis.

Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan