Tsunami Politik 2008 Tidak Akan Berulang Kembali - Teh

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tsunami politik yang memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) pada 2008 tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Teh Kim Poo (gambar).

Teh yang juga calon BN Parlimen Klang berkata, sokongan pengundi sudah kembali kepada kerajaan memerintah dan tidak menjangkakan tsunami itu akan berulang kembali.

"Terdapat pelbagai isu nasional pada 2008 yang menyebabkan tsunami besar yang menjejaskan kebanyakan daripada kami termasuk saya sendiri," kata Teh yang gagal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran pada pilihan raya umum 2008.

Walaupun tidak dipilih, beliau berkata BN terus berkhidmat kepada masyarakat menerusi pelbagai pusat perkhidmatannya.

Di Klang, beliau berkata majoriti pengundi India kembali kepada BN manakala sokongan kaum Melayu kira-kira 70 peratus.

"Adalah tidak benar kita tidak mempunyai sokongan kaum Cina. Pada 2008, sokongan Cina amat rendah. Kami kini memiliki 35 hingga 38 pratus pengundi Cina," katanya dalam satu temu bual bersama The Star.

Beliau turut berkata, peluang untuk menewaskan calon DAP, Charles Santiago adalah 50:50.

Menurut Teh, calon BN untuk Klang menampilkan wajah 1Malaysia dengan Datuk Nasaruddin M.Zin bertanding di kerusi DUN Pelabuhan Klang, Datuk Ching Eu Book di DUN Pandamaran dan Datuk Maglin D'Cruz di Kota Alam Shah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan