Tiada Sebab Perlu Tukar Kerajaan Di Perak - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebab untuk rakyat di Perak mahu bertukar kerajaan.

Katanya terdapat banyak faktor mengapa rakyat di negeri ini perlu mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang keluar dengan slogan 'ubah' untuk ajak rakyat tumbangkan kerajaan BN dan ambil alih kerajaan Perak serta mara ke Putrajaya.

"Saya tahu rakyat jelata tidak akan termakan dengan slogan 'ubah' pembangkang ini," katanya semasa berucap dalam Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pasir Panjang, dekat sini, Rabu.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga penyandang Parlimen Lumut.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri bersama-sama kerajaan pusat telah berusaha mempertahankan keamanan, kemakmuran dan membangunkan negara sejak sekian lama.

Katanya sepanjang mentadbir negara, tidak timbul masalah-masalah besar baik dari segi keselamatan, perpaduan dan ekonomi dengan adanya pimpinan kerajaan sambil didokong dan disokong oleh rakyat.

Justeru katanya, slogan yang diketengahkan pembangkang untuk menukar kerajaan di Perak tidak boleh diguna pakai.

"Tak ada apa-apa masalah. Keselamatan terus terjamin.

"Di Perak pun tak ada isu yang timbul yang memerlukan kita membuat satu pembaharuan dan perubahan seolah-olah kerajaan BN gagal untuk memelihara dan menjaga keselamatan negara.

"Slogan 'ubah' yang digunakan oleh pembangkang ini tidak boleh kita pakai. Tidak ada isu, masalah dan sebab-musabab sehingga kita terpaksa menukar kerajaan," katanya.

Menurut Muhyiddin kerajaan BN juga perlu dipertahankan kerana telah terbukti menunaikan janji dan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

Jelasnya rakyat pada hari ini dapat hidup dengan lebih baik dan selesa berbanding dahulu dengan kerajaan yang menunaikan janjinya.

Terdahulu Muhyiddin melancarkan Pusat Kesihatan Sri Iskandar di Bota, Perak.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan