Reezal Merican Tolak Elemen Sabotaj

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menolak sebarang unsur sabotaj di kalangan jentera parti itu yang didakwa tidak berpuas hati dengan pemilihannya bertanding di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengakui wujud perasaan tidak puas hati di kalangan beberapa pemimpin tempatan yang turut mengintai peluang mengisi kekosoangan kerusi yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

"Perasaan rasa kurang senang, tidak puas hati memang berlaku...itu lumrah sebagai manusia. Tapi tidak sampai kepada tahap mensabotaj parti," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Kampung Selamat di sini, Selasa malam.

Abdullah tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang disandangnya sejak 35 tahun lalu.

Reezal Merican, 41, anak jati Kepala Batas, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Antarabangsa akan bertemu saingan satu lawan satu menentang ahli perniagaan dan penceramah motivasi berkelulusan ijazah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada PAS.

Mengulas lanjut Reezal Merican berkata, penglibatan Abdullah secara aktif dalam politik di Kepala Batas terutama sebagai Ketua Umno bahagian menjadi faktor penyatu kepada penggantinya.

"Di Kepala Batas kita ada tradisi sendiri, Tun Abdullah tidak tinggal terus begitu sahaja. Beliau masih ada di sini bahkan beliau turut turun berkempen dan mempengerusikan mesyuarat.

"Dengan adanya Tun Abdullah, ia menjadi faktor penyatu bagi kita di bawah. Khidmat dan sumbangannya, kita tak boleh nafikan. Mengambil kira faktor ini, elemen sabotaj tidak kelihatan di Kepala Batas," katanya.

Mengulas mengenai keyakinannya mempertahankan kubu kuat BN itu, Reezal Merican berkata beliau yakin rakyat di Kepala Batas masih mahu bersama-sama BN membangunkan kawasan berkenaan.

"Saya tidak mahu mendabik dada, tapi apa yang boleh saya katakan ialah selera rakyat Kepala Batas masih bersama BN," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan