Ramai Yang Kecewa Dengan Insiden Letupan Di Kawasan Ceramah Di P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan pihak yang bertanggungjawab memasang bahan letupan di kawasan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi sehingga menyebabkan seorang pekerja keselamatan parti cedera. Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila kejadian letupan itu dipercayai perbuatan khianat terancang dan dilakukan secara profesional.

Dalam kejadian pukul 10.15 malam tadi, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera parah terkena serpihan sampah akibat letupan itu.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan sedang berucap dalam majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

Zainal Abidin yang juga calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat jentera Umno dan BN untuk bekerja lebih lebih kuat bagi merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang.

"Malah, selepas kejadian semalam, pemimpin BN dan jentera kami lebih bersemangat dan bekerja keras untuk teruskan program penerangan, jalankan aktiviti berkempen dan pergi dari rumah ke rumah untuk bertemu pengundi itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, Umno negeri juga akan meningkatkan keselamatan di semua tempat ceramah bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Zainal Abidin berkata, Umno turut bersimpati dengan mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan beliau difahamkan lelaki itu kini berada dalam keadaan trauma.

Sementara itu, beberapa penduduk di kawasan berhampiran bilik gerakan itu ketika ditemui berkata, bahan letupan kedua yang diletupkan pasukan pemusnah bom adalah lebih kuat berbanding yang pertama.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagi Siew, 47, berkata, ketika letupan pertama berlaku dia berada di tempat ceramah dan terus pulang ke rumah kerana khuatirkan keselamatan dirinya.

"Letupan kedua sangat kuat dan ketika itu saya sedang tidur pun terjaga kerana ingatkan gempa bumi, saya keluar untuk melihat apa yang terjadi kemudian jiran maklumkan polis menemui satu lagi bahan letupan," katanya.

Rasyadah Rosli, 50, pula berkata dia kecewa kerana ada pihak yang cuba menimbulkan huru hara dalam pilihan raya umum ini.

"Parti-parti politik yang bertanding perlu memikirkan keselamatan orang ramai. Cuba bayangkan kalau kejadian itu mengorbankan nyawa orang yang hadir atau mereka yang tinggal berhampiran, siapa yang harus bertanggungjawab?" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan