Perjuangan PAS Mengelirukan - Pengerusi BN Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Perjuangan PAS dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang "dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA.

"Tetapi kini mereka (PAS) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak haram," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan jentera pilihan raya BN Kuala Besut di sini pada Selasa.

Turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar.

Idris ketika berucap sebelum itu berkata perjuangan PAS sejak akhir-akhir ini makin mengarut.

"Dulu dia (PAS) kata suara wanita aurat, tetapi sekarang dia ambil pula artis-artis wanita jadi calon pilihan raya umum kali ini," katanya.

Beliau berkata PAS kini sanggup mengambil artis untuk menjadi calon sebagai wadah perjuangan mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

PAS meletakkan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menentang calon B NTan Sri Mohd Isa Abdul Samad.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan