Pembangkang Kelirukan Rakyat Dakwa Kerajaan Tidak Adil - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Dakwaan pembangkang bahawa dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak adil dan hanya memberi pertolongan kepada hanya satu kaum adalah tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dakwaan sedemikian menunjukkan pembangkang hanya mahu mengelirukan rakyat.

"Pembangkang berkata pembangunan di Malaysia tidak adil, kerajaan BN hanya beri pertolongan kepada satu kaum dan meninggalkan kaum-kaum lain di belakang.

"Mereka ini ada mata tak boleh melihat, ada telinga tak boleh mendengar...itu kenyataan yang amat mengelirukan," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pasir Panjang, di sini, Rabu.

Muhyiddin berkata rakyat boleh melihat bahawa masalah kemiskinan yang menjadi perkara pokok dalam pembangunan negara hampir berjaya diselesaikan oleh kerajaan.

Katanya, dalam perkara ini Perak turut menjadi salah satu negeri yang berjaya menurunkan peratusan kemiskinan selain negeri-negeri lain.

"Tahniah kepada negeri Perak antara negeri yang paling terendah dari segi peratusan rakyat miskin tegar di negeri ini," katanya.

Beliau menambah, rakyat dapat mengukur sendiri kejayaan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan dengan pendapatan mereka yang meningkat dan kehidupan yang lebih baik.

"Hidup kita lebih baik hari ini berbanding yang lalu. Pendapatan sudah meningkat, gaya hidup sudah berubah," katanya.

Beliau menjelaskan rakyat harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan rakyat bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pembangunan di Malaysia dan khususnya di Perak.

Bagaimanapun beliau berkata untuk mengecapi pembangunan yang lebih baik rakyat tidak perlu perubahan mendadak dengan menukar kerajaan sedia ada.

Katanya usaha ini perlu dilakukan secara berperingkat mengikut usaha dan kemampuan kerajaan.

"Kerjaan BN tak ada lampu ajaib yang mana kalau kita ada lampu ajaib kita boleh buat apa saja yang kita mahu dengan mudah.

"Contohnya orang Pasir Panjang mahu masjid dengan ada lampu ajaib sekali sapu maka terjadilah masjid itu," katanya.

Katanya pembangunam yang dilihat sekarang adalah hasil usaha, amanah dan kemampuan kerajaan BN yang disokong rakyat yang mahukan masa depan negara yang maju dan makmur.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan