PAS Guna Isu Hudud Untuk Pancing Undi - Mohd Shamsul

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Mohd Shamsul Mohd Yusoff menyifatkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai hukum hudud hanya bertujuan untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Bagi saya, PAS guna agama (melaksanakan hukum hudud) semata-mata untuk memancing undi.

"Sepatutnya (kalau) kita berkuasa, kita memperkasakan agama. Bukan menggunakan agama untuk memancing undi, itu salah," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan bertemu rakyat di Pasir Tumboh dekat sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Haron mengenai PAS tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Mohd Shamsul berkata, Haron benar-benar mahu hukum hudud dilaksanakan tetapi mungkin hasratnya tidak berjaya sekiranya masih bersama dalam parti itu.

"Sebab PAS hari ini sudah bertukar haluan, mereka sudah buat 'pusingan-U' daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

"Hudud bukan lagi agenda utama maka sudah tersasar jauh. Haron Din mempunyai nawaitu dia (menjadikan sebuah negara Islam) tetapi Haron Din mesti keluar dari PAS dan bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memperkasa dan memperkuatkan agama, kita sama-sama bersatu," katanya.

Mohd Shamsul pada Rabu meluangkan masa melawat bekas tentera, Ibrahim Ismail, 73, yang mengalami penyakit kencing manis dan buah pinggang serta Isa Yusof, 71, yang sebelum ini hanya bekerja sendiri menghidap penyakit lumpuh, masing-masing di Kampung Binjai Limbat dekat sini.

Menurut Mohd Shamsul, beliau menggunakan kaedah berkempen sambil berdakwah bagi menyedarkan rakyat bahawa penyakit itu adalah ujian daripada Allah S.W.T.

"Saya dapat dua (daripada ziarah) iaitu berkempen dan berdakwah. Cara ini lebih berkesan kerana orang yang sakit itu dapat kenal saya (sebagai calon), dan mereka dapat ilmu.

"Dan saya dapat memberi motivasi kepada mereka yang sakit ini untuk meneruskan hidup dan beramal ibadat untuk mendapatkan kekuatan diri," katanya.

Beliau menambah, pendekatan itu amat bersesuaian dengan dirinya sebagai calon baru untuk mendekati rakyat sepanjang tempoh berkempen.

"Dengan kaedah yang saya bawa ini, hati orang kampung berasa lebih dekat dengan saya. Mungkin orang di Kelantan ini lebih berminat kepada agama, orang agama (ulama) dan kita berkempen dengan cara agama (dakwah) maka mereka dapat terima.

"Cara ini sepatutnya diguna pakai oleh semua calon Barisan Nasional di Kelantan. Dan insya-Allah, saya melihat Pasir Tumboh ini ada potensi untuk Barisan Nasional menang (pada PRU-13)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan