Keselamatan, Kedaulatan Jadi Penekanan Utama BN Di Sabah - Najib

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan soal keselamatan dan kedaulatan Sabah sebagai pertimbangan tertinggi kerana ia merupakan perkara yang amat penting bagi rakyat Sabah ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mesej jelas harus disampaikan kepada rakyat Sabah mengenai komitmen dan keprihatinan kerajaan B Nuntuk memastikan aspek keselamatan dan kedaulatan negeri itu sentiasa terjamin.

"Mesej ini penting sebab soal kedaulatan dan keamanan merupakan pertimbangan tertinggi yang berlegar-legar dalam minda rakyat Sabah.

"Sebagai Pengerusi BN saya perlu memberi jaminan bahawa di bawah BN, kita akan melakukan segala yang terdaya dan termampu untuk menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Najib berkata demikian selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Keningau. Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga calon Parlimen Keningau.

Mengakui insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna memberi kesan besar di hati rakyat Sabah, Najib sekali lagi memberi jaminan bahawa soal keamanan di negeri ini akan ditangani dengan ketegasan dan kesungguhan.

"Komitmen BN jelas dapat dilihat dengan keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil," katanya.

Najib berkata isu itu bukan sahaja ditekankan beliau, tetapi semua pemimpin BN untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan BN mampu menangani isu itu dan mengembalikan keamanan khususnya di pantai timur Sabah.

"Setiap kali bila kita sentuh soal keselamatan dan kedaulatan Sabah, kita tengok sambutan orang ramai secara spontan (menyokong) dan memberi tepukan yang kuat...jadi memang soal itu penting dan dekat di hati rakyat," katanya.

Terdahulu Najib dalam ucapannya mengulangi keyakinan bahawa Sabah akan tetap menjadi simpanan tetap BN.

Berpegang pesanan hikmah Allahyarham ayahandanya supaya melaksanakan tugas kepada negara dengan penuh amanah, Najib berkata kerja keras yang dilakukan adalah demi memenuhi amanahnya kepada rakyat.

Tegasnya kata-kata hikmah itu bagaimanapun bukan hanya untuk dirinya sahaja, tetapi juga relevan kepada semua pemimpin BN yang lain.

Menyentuh mengenai kerusi Parlimen Keningau, Najib menyifatkan Pairin sebagai pemimpin yang mempunyai prinsip dan tidak mementingkan jawatan.

Sebaliknya kata Najib, Pairin yang digelar 'huguan siou' atau ketua suku kaum Kadazandusun dilihat amat mengutamakan keperluan rakyat.

"Seharus pemimpin begini yang kita perlu pertahankan...kalau saya yang bukan orang Kadazan boleh hormat huguan siou, tak kan orang Kadazan tidak boleh hormat," katanya.

Najib juga berharap masyarakat Keningau akan memberi sokongan padu untuk calon BN bagi kerusi Parlimen Keningau dan tiga Dewan Undangan Negeri di bawahnya. Keningau mempunyai 43,691 pengundi dengan majoriti kira-kira 66 peratus merupakan kaum Kadazandusun Murut.

Tiga DUN di bawah Parlimen itu ialah Tambunan yang ditandingi Pairin, Bingkor yang diwakili calon muka baharu Kennedy Jie John dan Liawan oleh Datuk Sairin Karno. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan