Kawalan Keselamatan Di Lokasi Ceramah Dipertingkat - Ismail

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Semua ketua polis negeri diarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi ceramah selepas satu letupan berlaku ketika ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.

"Kita akan meningkatkan kawalan keselamatan sebelum dan ketika ceramah di mana kami meminta semua parti politik untuk memaklumkan mengenai ceramah mereka kepada kami.

"Saya mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan terkawal dan menggunakan semua elemen dalam pasukan polis untuk menahan pelakunya.

"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang bertanggungjawab, menyerah diri sebelum kami menahan anda," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat polis kontinjen Perak di sini, Rabu.

Ismail berkata siasatan awal mendapat letupan itu berpunca daripada bom buatan sendiri.

"Hanya seorang mangsa mengalami kecederaan ringan tetapi bom itu diletupkan untuk merosakkan atau mungkin membunuh," katanya.

Pada malam Selasa, satu letupan berlaku ketika ceramah BN di Taman Jawi Jaya, Nibong Tebal di mana Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Seorang pekerja parti mengalami kecederaan ringan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan