Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

"Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

"Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud," katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah 'memberi dan menerima' dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

"Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam," katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan