Apakah PAS Naif Percaya DAP Setuju Laksana Hudud? - Najib

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan PAS sebagai naif untuk mempercayai bahawa DAP akan menerima dan bersetuju melaksanakan hukum Hudud, hanya kerana kesediaan parti itu menggunakan simbol bulan pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Beliau berkata, PAS yang memperjuangkan hukum Hudud, tidak seharusnya meletakkan harapan terhadap pakatan itu untuk melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.

"Hukum Hudud PAS bukan boleh diterima semua pihak. Kita tidak kata menentang tetapi masanya tidak sesuai dalam keadaan tertentu untuk dilaksanakan dan masih banyak persoalan yang masih perlu ditangani," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Beliau berada di sini bagi menghadiri majlis bersama rakyat yang merupakan antara program lawatan dua harinya ke Sabah bermula semalam.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu bukan soal logo semata-mata sebaliknya adalah soal pendirian dan ideologi PAS, yang dilihat tidak pernah diterima dan diakui DAP.

Sehubungan dengan itu, katanya, DAP perlu memberi respons dan menjelaskan pendirian mereka dalam soal pelaksanaan hukum Hudud agar tidak mengelirukan rakyat.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengakui masih banyak masalah belum diselesaikan di negeri itu, Najib berkata tempoh lima tahun merupakan masa yang panjang untuk seorang pemimpin mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu.

"Lima tahun tempoh yang panjang kerana kalau kita merancang, tahun pertama kita rancang, tahun kedua melaksanakannya dan tahun ketiga dan keempat kita sudah boleh melihat keberhasilannya," kata Najib.

Najib yang juga pengerusi BN Selangor berkata, kerajaan BN berjaya melaksanakan agenda transformasi nasional dengan memperlihatkan keberhasilannya dalam tempoh empat tahun.

"Sebab itu, kita tidak takut untuk membentangkan kad laporan kerajaan untuk rakyat mengadili BN. Selepas lima tahun, Khalid sepatutnya membentangkan kad laporannya daripada minta (mandat) lima tahun lagi, " kata Najib lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan