Zambry Bidas Nizar Isu Kroni & 'Menteri Besar Haram Jadah'

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir

BUKIT GANTANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir membidas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berhubung isu kroni dan gelaran 'haram jadah'.

Zambry berkata Mohd Nizar perlu melihat rekod dan diri sendiri terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan kepada beliau dan kerajaan BN.

"Bila menuduh kerajaan ini kerajaan kroni dan tidak memberi tanah kepada rakyat, dia perlu tengok rekod dan diri sendiri dulu.

"Awak (Nizar) pernah jadi menteri besar. Bila buat tuduhan ini, kalau awak tu bersih tak apa," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah gerai Taman Kuning Sari, di sini, Selasa.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau turut menempelak Nizar yang menggelar beliau sebagai 'menteri besar haram jadah'.

Nizar melemparkan kata-kata sedemikian kepada Zambry dalam ceramah beliau baru-baru ini kerana mendakwa menteri besar Perak itu telah memberikan tanah kepada kroni sepanjang memerintah negeri ini.

"Saya tau dia maki saya kata saya menteri besar haram jadah bagi tanah pada kroni.

"Dia lupa dia bagi (tanah) kepada siapa? Kadang-kadang dia asyik tengok orang lain sampai lupa apa yang dia buat.

"Sepanjang saya jadi menteri besar saya tak pernah bagi (tanah) kepada individu sebanyak 500 ekar tanah tapi manusia ini (Nizar) boleh," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata memaki hamun, memfitnah dan membohongi orang lain bukanlah cara dan pendekatan BN.

"BN tak reti nak maki hamun. Nak lawan kita lawan dalam dewan baru 'gentleman'," katanya.

Dalam pada itu, Zambry turut mengakui kerajaan BN khususnya di Perak masih belum sempurna dan mempunyai kelemahan walaupun telah banyak yang dilakukan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya kerajaan BN akan sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah sekali lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan