Umno Pecat 58 Ahli, Termasuk Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno telah memecat 58 ahlinya atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Lembaga Disiplin parti telah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepada ahlinya kerana menyokong ahli yang bertanding sebagai calon Bebas dan tidak menghantar borang pencalonan.

Keputusan berkenaan dibuat pada pagi Isnin oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Bernama melaporkan Tengku Ahmad Rithaudeen sebagai berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Ahmad Rithaudeen berkata selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.

Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

"Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan