Pakatan Meletakkan Calon Yang Boleh Dipercayai - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat telah meletakkan calon yang boleh dipercayai pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah melakukan tugas mereka dengan baik dalam soal pemilihan calon.

"Kita bercakap soal akhlak,”"katanya dalam ceramah di sini pada Selasa.

Beliau menyelar tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, beliau berkata ia sekaligus menunjukkan parti komponen itu tidak langsung mempunyai 'calon yang bagus'.

"Calon seperti ini yang mereka ada. Saya beritahu Khalid Samad (calon PAS di Shah Alam) bahawa dia sangat bertuah, kata Anwar, yang membuatkan hadirin ketawa.

Anwar turut menyelar tindakan BN bertanding di Parlimen Pasir Mas, Kelantan, beliau mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta penyandang kerusi, Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu.

Calon BN, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi berkenaan, beliau berkata dia berbuat demikian kerana sangat menghormati kepimpinan Ibrahim.

Beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak pada 7 May jika mereka mengambilalih Putrajaya. Mereka yang hadir pada ceramah berkenaan turut diminta menderma sebanyak RM20 bagi jamuan minum petang yang disediakan.

Bagaimanapun, hanya lebih daripada separuh sahaja meja yang dipenuhi tetamu.

Anwar turut hadir program di Sungai Besar, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Batang Berjuntai.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan