Orang Ramai Diminta Lapor SPRM Jika Ada Sogokan Pengundi - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Orang ramai diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat cubaan menyogok pengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, cubaan sogokan itu secara jelas menyalahi peraturan dan undang-undang pilihan raya.

"Kita ada SPRM, dan ini menyalahi peraturan pilihan raya, kita tak boleh sogok pengundi, tak boleh gunakan wang, ini jelas bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

"Maka saya harap orang di Bachok atau sesiapa sahaja yang berhadapan dengan perkara ini (sogokan) untuk buat laporan polis dan SPRM.

"Kita tak boleh cakap sahaja. Kita kena tampil ke hadapan untuk buat laporan, barulah perkara ini (aduan) boleh dibawa kepada pihak yang berkenaan (untuk siasatan)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di sini, Isnin.

Turut serta ialah calon BN Parlimen Rantau Panjang, Ghazali Ismail dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, Datuk Shaari Mat Hussain.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Timbalan Menteri Kewangan yang juga calon BN Parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai terdapat cubaan sogokan pembangkang terhadap pengundi di sebuah kampung di DUN Perupok, Bachok.

Menurut Mustapa, tindakan membuat laporan kepada SPRM adalah penting bagi memastikan pilihan raya yang bersih tanpa sebarang cubaan rasuah untuk meraih sokongan pengundi.

"Jika betul apa yang dikatakan (dakwa) oleh Awang Adek, ini amat memalukan kerana PAS mendakwa mereka bersih, dan selalu mendakwa Barisan Nasional suka merasuah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan