Masyarakat Bukit Kepong Mahukan BN Terus Kekal

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Mengenangkan peristiwa berdarah akibat serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong 63 tahun yang lalu membuatkan masyarakat di kawasan itu mahukan kerajaan sedia ada di bawah Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah di negara ini.

"Inilah nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini bagi memastikan masyarakat berbilang kaum hidup bersatu dalam suasana harmoni".

Kata-kata itu diluahkan masyarakat setempat melalui tinjauan Bernama bagi mendengar isi hati penduduk Bukit Kepong yang pernah diancam komunis pada 1950.

Mereka menghargai usaha pasukan keselamatan dan kerajaan dalam memastikan Malaysia kekal aman dan stabil sehingga kini.

Biarpun dalam jumlah yang kecil, komuniti Cina yang berhijrah dan terus menetap di Bukit Kepong yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang ini juga amat menyenangi usaha kerajaan BN yang membolehkan mereka menjalani hidup seharian tanpa sebarang masalah. Peniaga barangan runcit, Lau Say Tiong, 57, berkata beliau berpuas hati dengan usaha kerajaan BN membangunkan infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan kemudahan asas.

Kemudahan yang tersedia membuatkan masyarakat setempat dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna walaupun jauh dari bandar, kata lelaki yang telah menetap dan mengusahakan kedai runcit itu sejak 35 tahun lepas.

"Calon BN sekarang pun bagus, dikenali ramai orang. Saya jamin 98 peratus BN boleh menang di sini," katanya ketika ditemui pada Selasa.

BN mempertaruhkan muka baharu, Ismail Mohamed, 42, sebagai calon wakil rakyat Bukit Serampang bagi menentang calon PKR Saadon Abdullah.

Pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh pula berkata beliau mahu BN terus menang supaya kemudahan yang dinikmati selama ini dapat diteruskan.

"Boleh tolong saya berniaga dengan mudah dan saya tak mahu ada sebarang masalah antara masyarakat pelbagai kaum," katanya. Seorang pekebun, Chong, 54, berkata beliau gembira dengan keamanan dan hubungan baik sesama penduduk di Bukit Kepong dan tidak mahu anugerah itu hilang jika BN tidak lagi mentadbir negara.

Terdahulu, Ismail bersama-sama penduduk tempatan menikmati sarapan pagi sambil mendengar keluhan serta pandangan mereka sebelum membuat tinjauan mesra di kawasan sekitar.

Ismail berkata jika menerima sokongan penduduk, beliau berhasrat mempopularkan Bukit Kepong yang terletak kira-kira 30km dari Pekan Pagoh menjadi kawasan pelancongan kerana tarikan sejarah yang dimiliki sekaligus menjana ekonomi penduduk sekitar. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan