Kekal Di Jerlun, Mukhriz Ucap Terima Kasih Kepada PM,TPM

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memberi peluang untuk beliau kekal bertanding di kawasan Jerlun, walaupun berpindah daripada kerusi Parlimen kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu mengakui kurang dikenali ketika mula-mula menjadi Anggota Parlimen, namun selepas lima tahun berkhidmat di kawasan berkenaan, beliau kini rapat dengan masyarakat di Jerlun.

"Saya boleh bergantung kepada kerja kuat saya selama lima tahun sebagai rekod pencapaian saya dan juga calon BN yang lain di Jerlun. Rakyat Jerlun dapat lihat semua ini," katanya ketika berucap pada majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang pada Selasa.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mukhriz berkata sepanjang lima tahun beliau di Jerlun, banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan sokongan kerajaan Persekutuan.

"Ada banyak projek telah dilaksanakan, sedang berjalan dan akan dilaksanakan. Masjid Telaga Batu kini 70 peratus siap. Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang 90 peratus siap. Kita juga ada empat jeti (nelayan) yang baharu.

"Turut akan dilaksanakan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun. Yang terbaharu adalah Pusat Sukan Parlimen Jerlun untuk golongan muda," katanya.

Mukhriz berkata, semua projek itu dilaksanakan hanya dalam tempoh lima tahun, dan jika BN kekal menguasai Parlimen Jerlun serta dua kerusi DUN iaitu Ayer Hitam dan Kota Siputeh, banyak lagi nikmat pembangunan yang bakal dinikmati penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata berhubung isu pembinaan rumah baharu, masih banyak yang perlu dilakukan kerana terdapat 1,400 permintaan namun yakin BN akan memperjuang hak rakyat.

"Banyak lagi projek pembangunan dirancang. Aku Janji BN Kedah adalah senarai segala perkara yang kita hendak lakukan, dan kita akan lakukan. Bukan hanya angan-angan Mat Jenin. Kita tak janji bulan, bintang dan cakerawala. Walaupun janji kita banyak, tapi kita boleh buat," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, calon BN bagi kerusi Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan calon DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan