DAP Pecat ADUN Teratai

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyandang kerusi dewan undangan negeri Teratai Jenice Lee dipecat dari DAP pada Isnin kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon bebas, dalam tempoh 24 jam mulai Ahad.

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata, keputusan memecat penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dari DAP pula diubah pada saat akhir selepas Sim menarik diri sebagai calon bebas bagi kerusi negeri Kota Laksamana. Sim dilaporkan berkata beliau akan terus bertanding bagi kerusi Parlimen itu atas tiket DAP.

Mengenai isu Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP tidak diiktiraf, Karpal Singh berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak berhak mengeluarkan notis menyatakan parti itu tidak diiktiraf sehingga siasatan selesai.

Menurut laporan, pegawai pengurus pilihan raya Pooi Weng Keong dan pakar strategi DAP Ong Kian Ming dijadual menghadiri siasatan ROS mengenai isu itu pada 18 April tetapi ditunda ke 9 Mei.

"Saya minta individu supaya tidak menimbulkan persoalan undang-undang dengan kami. Ada ramai peguam dalam DAP dan kami tahu apa kami buat," kata Karpal Singh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan