Cuba Tarik Undi Penyokong BN Yang Kecewa Terhadap Calon - Nor Hizwan - Berita Semasa | mStar

Cuba Tarik Undi Penyokong BN Yang Kecewa Terhadap Calon - Nor Hizwan

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Penyelaras PKR Muar, Nor Hizwan Ahmad mengakui keyakinan dan sokongan rakyat di sini terhadapnya semakin meningkat terutamanya daripada golongan pengundi Melayu.

Hizwan yang juga calon PKR bahagian Parlimen Muar itu berkata, sambutan orang Melayu terutamanya dikawasan yang diletakkan calon muka baru Barisan Nasional (BN) sangat memberangsangkan.

"Saya tidak risau dengan pengundi Cina kerana mejoriti mereka memberi reaksi positif sebaliknya pengundi Melayu agak sukar sedikit.

"Strategi saya untuk mendekati pengundi Melayu terutamanya yang kecewa dengan pemilihan calon BN iaitu di kawasan calon muka baru yang dipilih dan tidak dipersetujui penduduk," katanya kepada pemberita pada sidang media, dekat sini, Selasa.

Jelas Hizwan, peningkatan sokongan rakyat menambahkan peratusan keyakinan untuk menentang calon BN, Datuk Razali Ibrahim.

Sementara itu, beliau menganggap isu anak tempatan tidak penting dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di sini.

"Saya memang dilahirkan di Labuan kerana bapa saya tentera dan terpaksa bertugas di sana, tapi selepas itu saya di besarkan di sini malah ibu bapa saya berasal dari Muar.

"Bagi saya biarpun tidak dilahirkan di sini tapi keberadaan saya di daerah ini melebihi daripada orang yang dikatakan anak tempatan," katanya.

Sementara itu, beliau turut menerangkan cadangan untuk mewujudkan sebuah tabung pekerjaan 'Job Bank' bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan untuk bekerja di sini.

"Kita akan mendahulukan warga tempatan mengisi jawatan dalam bidang industri perkilangan atau industri swasta lain di sini. "'Job Bank' ini akan menyediakan peluang pekerjaan mengikut kategori khusus seperti untuk lepasan SPM, penganggur, ibu tunggal, dan sebagainya," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan