Calon BN Bagan Mampu Atasi Guan Eng - Teng Chang Yeow

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kerusi Parlimen Bagan yang dipertahankan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada pilihan raya umum ke-13 ini dianggap kubu kuat DAP, namun bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, peluang untuk BN membuat kejutan tetap ada.

Ini kerana kata Teng, pemimpin BN di kawasan itu telah bekerja keras sejak empat tahun lepas membela dan memperjuangkan kebajikan rakyat yang diabaikan wakil rakyat di situ.

"Semua calon BN yang bertanding di kerusi Parlimen Bagan dan tiga dewan undangan negeri (DUN) di sini dikenali rakyat setempat kerana merekalah yang sering turun padang," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat gerakan MCA Bagan, di sini malam Isnin.

Beliau memberi contoh calon BN bagi kerusi parlimen iaitu Chua Teik Siang yang dilihat sebagai 'underdog' dalam pertembungan itu, namun menjalankan tugas sebagai 'wakil rakyat' sejak lebih empat tahun lepas.

Dari segi populariti, Lim memang terkenal di sini apatah lagi kawasan Bagan kubu kuat DAP sejak 1986, namun dari segi kerja Chua lebih dikenali, katanya yang menambah sokongan pengundi kepada BN, terutama kaum Cina yang merupakan majoriti, semakin meningkat.

Menurut Teng, walaupun calon BN merupakan muka baharu, mereka optimis kerana rata-rata rakyat meluahkan rasa kecewa terhadap kegagalan DAP menunaikan manifesto 2008 termasuk menghapuskan tol Sungai Nyior.

Kerusi Parlimen Bagan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Lim, Chua dan calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Lim Kim Chu.

Kawasan itu mempunyai 59,385 pengundi.

Tiga DUN yang kesemuanya disandang wakil DAP iaitu Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Sungai Puyu masing-masing menyaksikan pertandingan empat penjuru, tiga penjuru dan satu lawan satu.

DUN Bagan Dalam ditandingi calon BN Karuppanan M. Malairaja, Tanasekharan Autherapady (DAP), Lim Seang Teik (PCM) serta calon Bebas Asoghan Govindaraju.

Di Bagan Jermal pula calon BN Tan Chuan Hong bertembung Lim Hock Seng (DAP) dan Lim Kim Chu (PCM), manakala Sungai Puyu ditandingi calon BN Sum Yoo Keong dan Phee Boon Poh (DAP).

Sementara itu, Chua berkata pengalamannya selama lebih empat tahun turun padang di kawasan berkenaan mendapati masyarakat jelak dengan sikap kerajaan negeri pimpinan DAP yang tidak melakukan apa-apa untuk rakyat dan hanya tahu mengutuk usaha pembangunan yang dijalankan BN.

Beliau merujuk kepada kegagalan kerajaan negeri di bawah DAP yang gagal menambah bilangan sekolah Cina di Bagan bagi menampung keperluan yang bertambah setiap tahun, selain tiada perancangan untuk membangunkan ekonomi dan menyediakan rumah kos rendah.

Bagan masih kekal dengan lima sekolah yang dibangunkan kerajaan BN sebelum ini, katanya.

"Macam mana mereka (pembangkang) mahu ambil alih Putrajaya kalau Pulau Pinang pun tak dapat dijaga dengan baik?," katanya.

Beliau turut meluahkan kemusykilan dengan keputusan tiba-tiba kerajaan negeri mahu membina terowong dasar laut kononnya untuk mengatasi masalah lalu lintas di Pulau Pinang. "Kenapa tergesa-gesa nak jalankan projek itu? Kalau mereka ada RM6.3 bilion, kenapa tidak membina rumah kos rendah di Bagan dan juga monorel yang lebih realistik dan memanfaatkan semua rakyat," katanya.

Beliau turut mencabar pembangkang menetapkan tahun Malaysia akan bankrap kerana mereka sering menjaja tohmahan negara akan muflis jika BN terus meneraju Malaysia.

"...sudah 55 tahun dipimpin BN tidak bankrap malah lebih maju dan rakyat hidup senang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan