Bantuan BN Kepada Pusat Pengajian Bawah Kerajaan Negeri Bukan Untuk Tunjuk Lagak -Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada badan atau pusat pengajian di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukan bertujuan menunjuk lagak atau bersikap sombong.

Menjadikan bantuan yang disalurkan kepada sekolah agama rakyat dan pusat pengajian tahfiz di Kedah sebagai contoh, timbalan perdana menteri berkata dana itu disalurkan kerajaan pusat setelah rayuan bagi mendapatkan sumbangan oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri gagal ditunaikan.

"Sumbangan atau bantuan itu bukan untuk menunjukkan kita sombong atau bongkak atas apa yang dilakukan tetapi ia dibuat setelah kerajaan negeri yang diberikan amanah oleh rakyat pada pilihan raya 2008 gagal menunaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim Bandar-Baharu bernilai RM5.9 juta di sini, Selasa.

Hadir sama isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipa dan calon BN bagi kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Aziz Sheikh Fadzir.

Muhyiddin berkata keprihatinan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung masalah dihadapi rakyat terserlah apabila perdana menteri segera meluluskan bantuan RM3 juta kepada sekolah agama rakyat di daerah Jerai yang menghadapi masalah dalam aspek keperluan bekalan makanan. "Saya dan Datuk Bashah turun ke kawasan Jerai bertemu beberapa mudir atau pemimpin dari 12 buah sekolah agama rakyat dan dimaklumkan mereka telah tiga kali bertemu Menteri Besar Kedah bagi memohon bantuan, tapi bagai menunggu buah yang tidak gugur, bantuan yang dipohon tidak diterima. "Dalam pertemuan itu juga mereka sebut ada 7,000 pelajar yang memerlukan bantuan pemakanan, saya bawa hal ini kepada perdana menteri dan dalam satu saat Datuk Seri Najib luluskan segera peruntukan lebih RM3 juta," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan seluruh rakyat Kedah dan warga pendidik khasnya supaya bijak membuat penilaian dalam menentukan kepimpinan dan hala tuju negeri dan negara dengan membuat perbandingan apa yang dilakukan kerajaan PAS sepanjang lima tahun mentadbir negeri ini.

Beliau berkata sebagai parti yang mendukung Islam, PAS ternyata gagal dalam memastikan kemaslahatan umat seperti mana yang dilaungkan kerana tidak membawa sebarang pembaharuan dan kejayaan kepada negeri yang ditadbir.

Sambil mengakui yang kerajaan BN juga ada kelemahan tetapi kata timbalan perdana menteri, setelah 56 tahun diberi amanah mentadbir negara, kerajaan sedia ada ternyata cukup berpengalaman untuk dipilih semula meneruskan agenda pembangunan negara termasuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.

Muhyiddin berkata dalam mengharungi kempen pilihan raya, masyarakat tentunya dihidangkan dengan pelbagai janji tetapi sebagai warga berpengetahuan mereka perlu membuat penilaian yang bijaksana dengan memilih kerajaan yang tahu dan boleh menunaikan apa yang dijanjikan.

"Saya telah turun ke Yan, Pendang dan daerah lain di Kedah, apa yang dapat dilihat ialah prestasi kerajaan negeri yang tidak menggalakkan.

"Bagi kerajaan BN kita telah lama melaksanakan amanah sejak berkuasa lebih 56 tahun, kita berpengalaman untuk diberikan amanah, jadi rakyat perlu bijak dengan pilih pimpinan yang ada wawasan dan pengalaman untuk teruskan kemajuan negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan