SPR Kesan Tindakan Menyamar Sebagai Pemerhati Pilihan Raya Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya mengesan tindakan dua individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon, Sabtu lepas.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perbuatan itu dikesan petugas pilihan raya di sebuah pusat penamaan calon di Kelantan.

"Pas pemerhati yang dipakai adalah palsu, bukan yang dikeluarkan oleh pihak SPR, mereka kemudian diserahkan kepada polis dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Justeru, beliau menegaskan pihak yang berhasrat untuk berbuat sedemikian pada hari pengundian nanti untuk melupakan hasrat tersebut.

"Pegawai SPR boleh kenal pasti setiap pemerhati yang dilantik, mereka akan menggunakan pas khas dikeluarkan SPR serta memakai baju khas. Profile mereka juga boleh dilihat dalam laman web SPR," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemerhati agar bersikap neutral dan tidak boleh terlibat dalam mana-mana kempen politik.

Pada pilihan raya umum ke-13, ini SPR melantik 1,176 pemerhati bebas daripada 17 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu lima di semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah.

Jumlah pemerhati tertinggi ialah di Selangor iaitu 174 diikuti Sabah (135), Perak (129), Kelantan (122), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (94), Sarawak (93) dan Johor (83).

Mengenai pemerhati asing dari Filipina, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Sekreteriat Asean, Wan Ahmad berkata, jawapan balas senarai delegasi yang akan hadir dijangka diperoleh minggu ini.

"Ada permintaan untuk menghantar lebih, tetapi SPR hanya menetapkan tujuh orang untuk setiap negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan