PKR Tak Pecat Ahlinya Bertanding Bebas Malah Beri Restu - Pengerusi PKR Pahang - Berita Semasa | mStar

PKR Tak Pecat Ahlinya Bertanding Bebas Malah Beri Restu - Pengerusi PKR Pahang

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas, tidak akan dipecat kerana pertandingan sedemikian merupakan strategi parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

Menegaskan demikian, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata tindakan Timbalan Setiausaha PKR Pahang Kamarzaman Mohd Yunus, bertanding Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, adalah atas "arahan parti".

Kamarzaman ketika ditemui pemberita di sini berkata tindakan beliau itu adalah atas faktor menyelamat dan bukan untuk sabotaj calon PKR.

"Satu strategi menghadapi kemungkinan jika bakal calon PKR menghadapi kesulitan atau halangan semasa proses penamaan calon.

"Disebabkan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak benar calon menarik diri selepas pencalonan disahkan, kertas undi atas nama saya tetap diedar pada hari mengundi, justeru itu saya minta pengundi abaikannya dan beri undi kepada calon PKR sahaja," katanya.

Kamarzaman sepatutnya menentang calon PKR Jefri Jaafar dan calon BN Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Pada PRU 2008, calon BN menewaskan calon PKR Khazizi Ahmad dengan majoriti 4,163 undi.

Pada PRU-13, seramai 15,044 layak mengundi bagi kawasan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan