PKR Lumut Tidak Bubar Walau Ketua Cabang Keluar Parti

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut M.P Shamugum boleh meninggalkan parti tetapi tidak berhak mengumumkan pembubaran Cabang PKR Lumut.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak Dr Khairuddin Abdul Malik berkata membubarkan sesuatu organisasi yang besar bukanlah satu perkara mudah dan boleh diisytiharkan sewenang-wenangnya.

"Tak menghairankan dia umum keluar parti bersama pengikut-pengikutnya bila tak puas hati sebab dari awal mahu bertanding.

"Tapi untuk bubarkan satu organisasi yang besar bukan senang. Dia keluar parti...keluarlah cabang tak akan terbubar kerana ada yang akan ganti," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Khairuddin berkata tindakan Shamugum keluar parti adalah wajar kerana beliau mempunyai masalah dan tidak berpuas hati dengan keputusan majlis pimpinan tertinggi parti yang tidak menamakannya sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, katanya, keputusan pemilihan calon bertanding bukan dibuat secara individu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi melibatkan pemimpin-pemimpin lain di peringkat negeri dan bahagian.

"Orang lain OK tak ada masalah (calon). Datuk Seri Anwar bukan buat keputusan seorang, dia tentu nak Pakatan Rakyat menang dengan memilih calon berwibawa.

"Eloklah kalau orang (ahli) bermasalah keluar parti. Itu menunjukkan dia ada kepentingan. Demokrasi memang macam tu (bebas)," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen Lumut mengisytiharkan meninggalkan parti gara-gara tidak puas hati dengan ahli PAS yang diletakkan untuk bertanding di Parlimen Lumut dan calon luar di DUN Pangkor, dua hari lalu.

Shamugum turut mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 pusat daerah mengundi (PDM) berkuatkuasa serta-merta.

Tambahnya, kira-kira 1,125 lagi ahli PKR daripada cabang itu dijangka keluar parti selepas ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata peletakan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid di Parlimen Lumut menunjukkan keakraban dan semangat setiakawan dalam PR walaupun beliau ahli PAS.

"Kami boleh berbincang. Kalau ada calon lebih baik dan boleh menang kita tak suruh dia tukar parti walaupun ahli PAS.

"Dia masih ahli PAS cuma bertanding atas tiket PKR. Kita terbuka...tak ada masalah," katanya.

Sementara itu Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty ketika dihubungi berkata keahlian Shamugum telah digantung sejak tiga minggu lalu berikutan masalah disiplin.

Bagaimanapun katanya, kesemua bilik gerakan di Lumut masih beroperasi seperti biasa walaupun Shamugum telah keluar parti.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan