Pemuda 24 Tahun Tanding Calon Bebas Dakwa Kerajaan P. Pinang Zalim

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yacoob Menang Rakyat Senang, itulah cogankata akan digunakan oleh calon bebas bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang N30, Mohamed Yacoob Mohamed Noor,24, sambil menunjukkan kunci sebagai simbol yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum ke 13 di George Town pada Isnin.Beliau adalah calon yang paling muda bertanding dalam PRU 13 di negeri ini.-Foto BERNAMA
Yacoob Menang Rakyat Senang, itulah cogankata akan digunakan oleh calon bebas bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang N30, Mohamed Yacoob Mohamed Noor,24, sambil menunjukkan kunci sebagai simbol yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum ke 13 di George Town pada Isnin.Beliau adalah calon yang paling muda bertanding dalam PRU 13 di negeri ini.-Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang didakwa zalim terhadap peniaga-peniaga kecil di negeri ini, mendorong Mohamed Yacoob Mohamed Noor bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Menggunakan slogan "Yacoob Menang, Rakyat Senang", pemuda berumur 24 tahun itu yang gerainya antara dirobohkan pihak berkuasa kerajaan negeri berkata beliau mahu memperjuangan nasib golongan peniaga kecil yang banyak gerai mereka dirobohkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah calon termuda dalam PRU13 di negeri ini dan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang.

"Saya tidak gentar berhadapan dengan sesiapa pun demi memperjuangkan nasib kami sebagai peniaga kecil yang sering ditindas oleh kerajaan negeri ini," katanya yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti, ketika ditemui Bernama di sini.

Ditanya mengapa beliau berminat menjadi calon, katanya: "Ini semua bermula selepas premis perniagaan saya dirobohkan oleh Bahagian Penguatkuasa, Unit Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 11 Januari 2011 dengan alasan tidak mematuhi syarat MPPP.

"Saya telah hantar surat kepada MPPP dan salinan saya hantar kepada Ketua Menteri atas slogan yang dilaungkan Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya mereka adalah kerajaan berkebajikan tetapi sehingga kini tiada maklum balas sedangkan sudah lebih dua tahun," katanya.

Dakwanya kerajaan negeri pakatan pembangkang telah gagal menunaikan janji kononnya akan membela nasib rakyat tetapi sebenarnya mereka telah menindas rakyat yang miskin untuk berniaga.

Beliau menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang calon wanita DAP Lim Siew Khim dan calon BN Dr Thor Teong Gee bagi merebut kerusi DUN Sungai Pinang pada 5 Mei ini.

Pada PRU-12, DUN Sungai Pinang dimemangi calon DAP Koid Teng Guan dengan majoriti 2,694 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) Looi Swee Cheang dan calon Bebas Badrul Zaman P.S. Md Zakariah.

Yacoob berkata, beliau memilih simbol kunci dan ia bertepatan dengan motif beliau bertanding iaitu untuk membuka satu ruang baharu kepada rakyat agar mempunyai calon Bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan