PAS Pecat Ahli Tanding Bebas, Pencadang & Penyokong Mereka

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan memecat ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas, menjadi pencadang serta penyokong kepada mereka yang berkenaan secara automatik, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti itu pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi penjelasan mengenai mereka yang dipecat.

Pada hari penamaan calon pada Sabtu, Setiausaha PAS Danan Timur, Ibrahim Ismail mengisi borang pencalonan sebagai calon Bebas sementara di cawangan Guchil Hulu, Ketuanya, Muhammad Bustaman Yaakob juga akan bertanding sebagai calon Bebas diGuchil.

Selising dan Guchil merupakan dua kerusi DUN di Kelantan.

Ibrahim akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN), Zulkifle Ali dan Saipul Bahrain Mohamad, juga daripada PAS.

Sementara Muhammad akan menentang calon BN Nik Sapeia Nik Yusof dan Mohamad Roslan Puteh daripada PKR.

Mengenai pertindihan kerusi antara PAS dan PKR, Abdul Hadi berkata PAS bersetuju untuk menyokong calon PKR yang bertanding di Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dan DUN Panti di Johor.

Beliau menambah PKR juga telah bersetuju untuk membantu jentera pilihan raya PAS di Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Bagaiamanapun, beliau berkata isu pertindihan calon di kerusi DUN Kota Damansara masih belum diputuskan oleh PAS.

Hadi berkata beliau akan menghantar wakil untuk menyerahkan cadangan kepada PKR dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim akan bertanding di bawah tiket PKR di Kota Damansara, sementara PAS, Ridzuan Ismail yang juga calon PAS merupakan calon dalam saingan enam penjuru dengan tiga calon Bebas serta BN yang diwakili, Halimaton Saadiah Bohan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan