Najib Harap Rakyat Beri Peluang Kepada Calon Muka Baru BN

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia akan memberi peluang kepada calon muka baru Barisan Nasional (BN), yang merupakan generasi baharu kepada kepimpinan negara, untuk berkhidmat.

Beliau berkata setiap calon, tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili BN, mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Katanya senarai calon BN pada pilihan raya umum ini merupakan senarai yang seimbang, dengan menggabungkan individu berpengalaman dengan mereka yang masih muda dan mempunyai idea baharu dalam melaksanakan dasar transformasi kerajaan.

"Kami sedar, masa telah berubah dan sebab itulah Barisan Nasional juga akan sentiasa mengikut arus perubahan.

"Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita," katanya dalam entri terbarunya dalam blog www.1malaysia.com.my/bnbaru bertajuk "Pasukan Transformasi".

Entri tersebut turut memaparkan sebahagian gambar calon BN muka baharu yang akan bertanding pada PRU-13 ini.

Sementara itu, dalam laman facebook beliau, Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau terlibat secara peribadi dalam memilih calon-calon BN muka baharu yang dianggap sebagai berkaliber dan berkelayakan tinggi, sesuai dengan kehendak rakyat selama ini.

"Pemilihan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami di BN perlu mengambil kira pelbagai aspek untuk dipertimbangkan supaya kami dapat memberi pilihan terbaik kepada rakyat," katanya.

Najib, berkata menerusi gabungan calon BN baharu dengan calon yang berpengalaman ini, beliau yakin BN mampu menang pada PRU13 ini, sekali gus dapat sekali lagi menabur bakti kepada rakyat di negara ini.

"Untuk mengenali calon BN baharu di kawasan anda dengan lebih dekat lagi, anda boleh melihatnya di blog saya di www.1malaysia.com.my/bnbaru," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan