Lantikan Tiki Lafe Sebagai Pengerusi MLKN Di Bawah Kuasa Yang Di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Tiki Lafe
Dr Tiki Lafe

KUCHING: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lantikan jawatan pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) yang kini disandang Datuk Dr Tiki Lafe terletak di bawah kuasa pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata pelantikan jawatan pengerusi MLKN adalah di bawah Akta MLKN, dan kuasa lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, katanya status jawatan Dr Tiki sebagai pengerusi MLKN akan ditentukan Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita semasa ditanya mengenai status jawatan pengerusi MLKN disandang Dr Tiki selepas penyandang kerusi Parlimen Mas Gading itu bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada pilihan raya umum ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan