Hamidah Enggan Minta Maaf Kepada Dr Lee, Salahkan Penyokong PKR

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menafikan beliau bertindak ganas semasa pertengkaran dengan calon Parti Keadilan Rakyat untuk Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan para penyokongnya.

"Semasa saya berkempen di tempat lain, Dr Lee mendekati pusat operasi saya di Taman Tasik Permai dengan niat untuk membina pusat operasinya di kawasan berdekatan.

"Pekerja parti BN tidak berpuas hati dan memaklumkan saya mengenai situasi itu, jadi saya bergegas ke sana dan bercakap dengannya," katanya ketika dihubungi The Star.

Menurut Hamidah, perbincangan menjadi tegang dan penyokong kedua-dua parti mula menolak antara satu sama lain.

"Saya turut ditolak dan pada satu tahap kasut saya tercabut.

"Saya terdengar kamera penyokong PKR rosak akibat dalam insiden itu tetapi saya tidak bertanggungjawab secara langsung terhadapnya," kata Hamidah.

Hamidah turut menafikan beliau menarik kolar baju Dr Lee ketika pergaduhan itu.

"Adalah tidak masuk akal mendakwa seorang wanita akan melakukan perkara seperti itu," katanya.

Hamidah berkata beliau tidak akan tunduk dengan permintaan Dr Lee yang menuntutnya supaya meminta maaf secara terbuka kerana dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

"Dr Lee yang mencetuskan provokasi terhadap BN Sungai Rapat dengan berhasrat untuk membina pusat operasi berhampiran dengan kami.

"walaupun beliau mendakwa mereka telah melakukan perkara sama pada pilihan raya 2008, ia adalah khemah biasa pada waktu itu dan bukannya pusat operasi yang besar.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan