DAP, PAS Ada Perjanjian Mahu Hadi Awang Jadi PM Jika Memerintah - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa pemimpin tertinggi DAP dan PAS mempunyai perjanjian sulit untuk melantik Presiden Pas,Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya kali ini.

Menurutnya,bagaimanapun penjanjian antara DAP dan PAS itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU-13.

"Kita difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara pemimpin utama DAP dan PAS bahawa Abdul hadi akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan memenangi PRU-13, tetapi peliknya ia disembunyi daripada pengetahuan Anwar yang sedang syok sendiri.

"Pengiktirafan Abdul Hadi itu dibuat kerana DAP dan PAS dikatakan tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk gunakan pelanduk dua serupa sebagai modal kempen PRU-13. DAP dan PAS sudah tahu klon yang dibawa merupakan pembohongan besar selain berpendapat Anwar tidak bermoral, bermaruah dan tidak mempunyai prinsip," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu penduduk dikawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Permatang, Senggarang di dekat sini.

Dakwa beliau lagi, pemimpin DAP dan PAS juga ketika ini yakin bahawa bekas rakan karib Anwar iaitu Datuk S. Nallakaruppan tidak berbohong mengenai isu biseksual dan kisah Anwar dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Malah, katanya, DAP dan PAS turut menganggap Anwar sebagai liabiliti politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada pilihan raya kali ini.

"Anwar gagal untuk kawal pertembungan tiga atau empat penjuru kerana dia tahu DAP dan PAS tidak akan dengar pendapatnya sebab dia adalah liabiliti dalam politik pakatan.

"Sebab itu juga saya maksudkan parti dalam pakatan pembangkang ini ibarat tidur sebantal dan mimpi lain-lain kerana mereka tidak dapat mencapai kata sepakat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan