Calon BN Harus Ada Kepimpinan, Disiplin Untuk Tarik Pengundi - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PENYU: Calon Barisan Nasional (BN) harus mempunyai kepimpinan dan disiplin yang padu sebagai dua perkara asas bagi mencapai kemenangan pada pilihan raya umum.

Sehubungan itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat akan menilai calon yang mempunyai sikap kepimpinan seumpama itu untuk dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.

"Mana-mana saya pergi semua orang dari Perlis hingga ke Kampung Bundu ini semua orang sayang dan percaya pada kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat terutama di luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis mesra rakyat bersama calon BN Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan Dewan Undang Negeri (DUN) Kuala Penyu, Limus Jury di Kampung Bundu Kuala Penyu di sini.

Shahrizat memuji penglibatan Azizah yang banyak membantu menyampaikan polisi kerajaan persekutuan kepada rakyat di luar bandar termasuk Beaufort semasa menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau turut membidas tindakan sesetengah pemimpin yang bertindak keluar parti semata-mata memenuhi kehendak peribadi berbanding membela nasib rakyat.

"Semua janji yang dibuat oleh kerajaan dan BN serta kerajaan negeri akan ditunaikan jika BN diberi mandat untuk memerintah. Di Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman amat bagus sekali, macam-macam dah dilakukan untuk rakyat.

"Saya percaya apabila Beaufort dan Kuala Penyu menang nanti, saya boleh bayangkan pembangunan yang berlipat ganda akan sampai di sini," katanya.

Beliau berharap rakyat Beaufort menyokong calon BN memandangkan kredibiliti Azizah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan guaman selain pernah bergelar menteri di Sabah.

Pada pilihan raya ini, Azizah bakal berdepan penyandang Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang bertukar haluan kepada pembangkang dan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat selain Guan Dee Ko Hoi dari Parti Reformasi Sabah (Star). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan