BN Berada di Landasan Betul Bangunkan Negara - Musa Aman

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) berada di landasan betul dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Menurut beliau, BN tidak pernah lari dari landasannya dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat sepanjang memerintah negara.

"Kita berada di landasan yang benar dalam menjaga kepentingan rakyat dan ia termaktub dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. Ia merupakan satu janji kepada rakyat.

"Janji itu akan ditepati," katanya semasa berucap pada majlis Riang Ceria Perpaduan anjuran Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Sandakan di sini malam Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata beliau sering mengingatkan wakil rakyat di Sabah sebelum ini dan selepas dipilih pada PRU13, supaya mesti kuat bekerja menunaikan mandat yang diberikan rakyat.

Beliau berkata mereka perlu kurang bercakap tetapi banyak bekerja dengan rajin turun berjumpa rakyat bagi mendengar masalah dan mencari penyelesaian terbaik. Sehubungan itu, Musa berkata amat penting kepada rakyat untuk mengekalkan kerajaan BN bagi meneruskan dasar dan perancangan membangunkan negara serta program berteraskan kepentingan rakyat.

Katanya ia juga bagi memastikan kesinambungan kepada program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

Beliau meminta rakyat khususnya di Sabah tidak tertipu dengan dakyah pembangkang yang cuma menjanjikan bermacam-macam tetapi janji hanya tinggal janji.

Menurutnya parti pembangkang hanya menjanjikan 'bulan' bertujuan meraih sokongan tetapi tidak mampu melaksanakan janji mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan