BN Akan Laksana Dasar Pro Perniagaan Lebih Baik - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional akan melaksanakan dasar pro perniagaan yang lebih baik untuk manfaat golongan peniaga jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dasar tersebut akan memberi manfaat kepada masyarakat Cina, dan untuk itu mereka perlu memastikan wakil kaum itu ada bersama dalam barisan kepimpinan BN supaya dapat turut terlibat dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan, khasnya yang pro-perniagaan.

Dasar-dasar kerajaan yang pro-perniagaan bukan sahaja menyediakan iklim perniagaan yang baik, tetapi juga mewujudkan peluang dan kemudahaan untuk masyarakat, terutama peniaga Cina mengembangkan perniagaaan mereka, katanya pada majlis makan malam bersama 1,500 anggota masyarakat Cina Parlimen Bandar Tun Razak di Taman Connaught di sini, malam Isnin.

Beliau berkata dengan adanya dasar pro-perniagaan yang lebih baik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan BN, masyarakat Cina akan turut menikmati manfaatnya.

"Sebab itu, kita mahu masyarakat Cina menjadi sebahagian penting dalam proses pembangunan negara. Saya mahu orang Cina terlibat dalam membentuk dasar kerajaan dan turut serta dalam barisan pimpinan yang kita bentuk selepas pilihan raya nanti," katanya.

Muhyiddin berkata masyarakat Cina, seperti kaum-kaum lain di negara ini, telah banyak menyumbang ke arah pembangunan negara. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut memberi jaminan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan terus kekal wujud selagi BN memerintah negara ini.

Kerajaan BN bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, ia turut membantu dari segi peruntukan kewangan, katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman, calon BN untuk Parlimen Bandar Tun Razak Tan Kok Eng, Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tan Chai Ho. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan