Bangunan Tambahan Hospital Bentong Tingkatkan Keselesaan Penduduk Pahang Barat

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Bangunan tambahan Hospital Bentong yang sedang rancak dibina bernilai RM59 juta dan dijangka siap September ini, bakal menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih selesa kepada penduduk Pahang Barat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bangunan empat tingkat itu akan dilengkapi dengan kemudahan wad perubatan, selain menempatkan unit forensik, pengimejan diagnostik, Unit Hasil serta kemudahan parkir kenderaan.

"Bangunan yang dibina di kawasan seluas 1.5 hektar itu akan menempatkan 60 katil bagi wad lelaki dan wanita.

"Penambahan bangunan hospital itu juga bagi memberi kemudahan yang selesa kepada pesakit memandangkan jumlah pesakit di hospital itu 70,000 orang setahun," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan itu, di sini, Isnin.

Beliau berkata projek meningkatkan taraf hospital itu merupakan antara program transformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam meningkatkan kemudahan prasarana kesihatan sedia ada di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan