Anggota BN Masih Kukuh Sokong, Setia Pada Parti - Abdul Ghani

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Anggota Barisan Nasional (BN) masih kukuh menyokong dan setia kepada gabungan parti itu, walaupun terdapat segelintir yang bertindak menjadi calon Bebas pada pilihan raya umum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata ini menunjukkan tindakan yang dilakukan segelintir individu itu tidak memberi kesan terhadap sokongan anggota parti negeri ini kepada BN.

Sambil menyifatkan tindakan yang dilakukan itu kerana 'meragam', Abdul Ghani berkata: "Ada antara mereka yang mengambil keputusan meletak jawatan dan ada yang diambil tindakan disiplin serta merta," katanya.

Penamaan calon di negeri ini semalam menyaksikan kejutan apabila empat pemimpin akar umbi Umno mengambil tindakan menjadi calon bebas dipercayai berikutan tidak berpuas hati dengan soal calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan.

Mereka ialah Md Ghazali Salamon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Mohd Azaman Johari di DUN Pengerang dan dua orang di DUN Gambir iaitu Mohd Zan Abu dan Yunos Mustakin.

Sementara itu, Abdul Ghani menyeru pengundi di Gelang Patah dan di negeri ini supaya terus setia dan memberi sokongan penuh kepada BN.

"Pembangunan yang kita alami tumbuh dengan pesat dan akan tumbuh lebih maju dalam tempoh lima tahun akan datang. Di Johor kita berkongsi tanpa mengira kaum di bawah kerajaan yang ada, jadi kita kena pertahankan supaya hidup lebih terjamin.

"Jangan kita salah pilih dan pertaruhkan masa depan negara dengan pihak yang kita tidak tahu ke mana nak bawa hala tuju negara kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan