Pembangkang di Muar Kurang Bijak, Tipikal - Razali Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pembangkang di Parlimen Muar disifatkan sebagai kurang bijak dan bersifat 'tipikal' apabila memainkan isu masalah kekurangan pekerjaan serta terlalu ramai pekerja asing di sini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga calon Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, mempersoalkan bagaimana mereka boleh mengaitkan masalah kekurangan pekerjaan tetapi pada masa yang sama mengatakan terlalu ramai pekerja asing di sini.

"Jika tiada pekerjaan tentu saja tidak ramai pekerja asing di sini, takkan itu pun nak salahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), inilah pembangkang yang tipikal, cuba menyebarkan kebencian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Kasih Sayang PM di Dewan Persatuan India Muar, di Jalan Sulaiman, pada Ahad.

Hadir sama calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad.

Razali menjelaskan, masalah pekerja asing sering dibincangkan pihaknya termasuk pada setiap kali mesyuarat tindakan daerah dan warga tempatan seharusnya memenuhi peluang berkenaan apatah lagi selepas pengenalan gaji minimum RM900 oleh kerajaan sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Razali menegaskan pihaknya sentiasa menitikberatkan 715 pengundi berdaftar daripada kalangan kaum India di Muar bagi memastikan mereka terus memberikan sokongan kepada BN.

Bagaimanapun katanya, pengundi muda daripada kaum berkenaan perlukan pendekatan berbeza berikutan mereka berdepan masalah terutama dalam aspek pekerjaan.

"Walaupun jumlahnya kecil tetapi kita tidak boleh memandang ringan, mungkin kita boleh menetapkan kuota pekerja India di Majlis Perbandaran kerana mereka kini tidak mempunyai pekerjaan yang sudah menjadi tradisi mereka seperti di ladang.

"Mereka ini juga mencari ruang pekerjaan lain dan saya juga ada pegawai daripada kalangan mereka di Kementerian Belia dan Sukan yang boleh membantu seperti mengadakan dialog dan sebagainya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan