Muhyiddin Cabar Pembangkang Keluar Kenyataan Hapus Produk 1Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar pembangkang sama ada mereka berani mengeluarkan kenyataan bahawa semua 200 produk 1Malaysia diberikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dihapuskan jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Perdana Menteri itu mempersoalkan, apakah pembangkang berani menghapuskan pelbagai bantuan kepada ibu tunggal, bekas perajurit, pemandu teksi, Klinik 1Malaysia dan banyak lagi yang diberikan kerajaan khusus untuk kesejahteraan rakyat.

"Saya cabar (mereka buat kenyataan) bahawa produk ini akan dihapuskan jika menang, minta Rafizi atau Guan Eng jawab, adakah (ia) tak berguna, tak beri apa-apa nikmat, faedah pada rakyat.

"Kalau pembangkang kata nak hapuskan, buat kenyataan esok, tuan-tuan tunggu apa dia jawab, kalau tak jawab bermakna dasar kerajaan betul, kalau dah betul kenapa nak tukar?. (Negara) dah baik, aman, selamat, banyak bantuan rakyat, beri nikmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Seri Pantai, Jalan Junid, dekat sini, Ahad.

Hadir sama isteri beliau, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga calon bagi kerusi Parlimen Muar; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad serta calon DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail.

Muhyiddin menjelaskan, pembangkang juga sering mengeluarkan tohmahan bahawa di negara ini tiada hak asasi, tiada kebebasan media, demokrasi yang tidak matang, kononnya ada manipulasi kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Apa dia hak asasi? tiada kebebasan media?. Guan Eng yang takut media arus perdana, dalam majlis dia, kata ini tak boleh masuk. Tapi saya tak pernah halang pun, malaysiakini boleh, Nanyang, Sin Chew, New Straits Times boleh, adakah itu tiada kebebasan media?.

"Di mana demokrasi tak cukup matang, lama-lama pun ada juga PRU, apa yang tak bersih? bila menang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan (mereka kata) OK. Kita menang di Johor (kata) tak OK. (ini semua) bermakna mereka nak menidakkan, kononnya ada manipulasi kerajaan, SPR," katanya.

Dalam suasana menghadapi PRU ini juga kata beliau, pembangkang sering diberi amaran supaya tidak menimbulkan keadaan hura-hara dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) juga turut membuat kenyataan bahawa pembangkang akan cuba menimbulkan ketegangan.

Namun ia kata beliau, tidak pernah dijawab walau sepatah oleh pembangkang yang disifatkan semakin angkuh mengajak rakyat menukar kerajaan atas alasan BN terlalu tua dan sudah terlalu lama diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan.

"Kalau rakyat nak mereka menang, tak payah buat begitu. Tapi kerana tahu rakyat tak sokong, rakyat tahu siapa memberi mereka pembelaan, siapa yang berbakti kepada mereka," katanya.

Justeru Muhyiddin meminta semua rakyat mempertahankan kerajaan kerana ia terbukti baik untuk mereka dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat buat negara.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan