Misi Pikat Hati Kaum India - Jui Meng

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Calon Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng akan memulakan misi utama dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah memikat hati pengundi kaum India.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Johor itu berkata, perkara pertama yang akan dilakukan selepas selesai penamaan calon PRU-13 adalah memasuki kawasan estet untuk berjumpa dan mendekati kaum India.

"Saya sudah menjelajah di tempat masyarakat Melayu dan Cina, kali ini ingin mendekati masyarakat India pula yang mana bilangan masyarakat India juga agak ramai di sini.

"Petang ini akan mula kempen di Batu Anam iaitu petempatan kaum India, sebalum ini saya hanya jumpa di pasar malam dan kedai-kedai sahaja," katanya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Segamat, di sini, Sabtu.

Beliau turut menyifatkan pertandingan kali ini lebih bersifat persaudaraan kerana sudah mengenali calon Barisan Nasional Datuk Dr S.Subramaniam ketika berada dalam komponen parti tersebut.

"Saya angap perlawanan kali ini bersifat persaudaraan kerana saya sudah lama mengenali Dr Subramaniam.

"Saya harap perjalanan PRU-13 berjalan lancar termasuk tempoh berkempen dijalankan dengan profesional dan penuh integriti," ujarnya.

Chua akan bertanding satu lawan satu dengan penyandang kerusi parlimen Segamat S.Subramaniam dari Barisan Nasional.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan