Lebih 100 Bendera, Kain Rentang Calon BN Dirosakkan

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: MCA Bahagian Bakri membuat laporan polis berhubung insiden khianat merosakkan 100 bendera BN yang melibatkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi P145 Bakri, Chris Lee Ching Yong di beberapa kawasan berkenaan pagi Ahad.

Ahli MCA, Sek Kieu @Fan Nong Shin berkata, beberapa kain rentang turut dirosakkan dengan menconteng pada wajah Ching Yong serta ditampal dengan pelekat simbol dacing terbalik yang tertulis perkataan hancur dan ubah.

“Saya fikir perbuatan ini tidak dilakukan oleh orang awam melainkan pihak yang mempunyai sifat kebencian politik yang akan tergamak bertindak sedemikian.

“Tidak perlu provikasi kerana pilihan raya perlu berlangsung secara telus dan adil. Tindakan ini hanya akan memberikan persepsi yang tidak baik kepada pembangkang,”katanya pada sidang media di Bilik Gerakan MCA di Bakri, di sini.

Beliau yang juga ejen kepada calon Parlimen Bakri berkata, antara lokasi yang dikenal pasti terlibat ialah di Lorong Tahar Shariff, Jalan Bakri, Jalan Haji Jaib, Jalan Sakeh dan Taman Bakri Jaya.

“Kita menyedari kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu perkara itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Kita tidak pasti waktu sebenar kejadian kerana bendera dan kain rentang itu baru sahaja dipasang pada pukul 8 malam hingga 4 pagi,”katanya.

Katanya, kejadian kali kedua yang menimpa Ketua Pemuda MCA Bakri itu adalah yang paling buruk berbanding ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

“Kita telah membuat laporan polis, bendera serta kain rentang yang dirosakkan itu tidak diturunkan untuk siasatan pihak polis juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya minta pihak yang berkenaan supaya segera menghentikan perbuatan ini yang dikhuatiri boleh mengundang kejadian tidak diingini menjelang PRU-13,”katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan