Jentera BN Jangan Alpa Hadapi PRU-13 - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan agar jentera parti tidak alpa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, proses penamaan calon pada Sabtu berlaku tanpa sebarang insiden dan sambutan yang dilihat untuk BN adalah amat baik.

"Ramai (penyokong) yang hadir, berpuas hati dan bersemangat, mereka tak sabar untuk mengundi. Bukan sahaja bilangan mereka tinggi tetapi cukup bersemangat terutama wanita dan golongan muda.

"Keyakinan berpihak kepada kita tetapi tak mahu jentera parti alpa. Saya mahu mereka terus bersemangat dan bekerja kuat kerana kita (BN) di pihak yang kalah di Kelantan (sebagai) pembangkang," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Mustapa berkata, BN pada masa ini hanya mempunyai tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kelantan.

"Kita cuma ada tujuh kerusi (DUN) sekarang, nak tambah 16 kerusi. Parlimen kita sasarkan lapan, sekarang cuma ada dua saja. Jadi jika dibandingkan dengan sasaran dan apa yang kita ada, jumlahnya cukup besar.

"Oleh itu, penting bagi kita untuk menggemblengkan tenaga dan bekerja bersungguh-sungguh. Kita akan aturkan strategi untuk (mendapatkan) sokongan terhadap BN," katanya.

Mustapa sebelum ini menyasarkan BN untuk memenangi 23 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-13.

Ditanya pandangan mengenai ahli PAS yang bertanding sebagai calon Bebas, beliau berkata, parti di bawah Pakatan Rakyat itu kali ini tidak boleh mendabik dada bahawa mereka tidak mempunyai masalah dalaman.

"Dalam media ada menyatakan terdapat calon-calon Bebas di kalangan ahli PAS, ini menunjukkan orang PAS yang kurang yakin dengan kemampuan mereka (calon)," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan agar jentera parti tidak alpa dan jangan terlalu yakin berikutan tindakan ahli PAS menjadi calon Bebas yang disifatkan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam PRU-13.

"Perkara ini (ahli PAS bertanding calon Bebas) mungkin satu sandiwara politik, itu kita tak tahu. Apapun, Bebas ke PAS, kita (BN) hendak menang. Kita jangan terganggu, kena tumpu dengan tugas kita untuk menang.

"Ahli PAS sebagai calon bebas tidak bermakna kita boleh menang dengan senang, malah lebih sukar lagi. Jadi jangan ambil mudah mengenai perkara ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan