Dulu Ayah, Kini Anak Pula Bertanding

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Budaya nepotisme dalam politik bukanlah asing kepada parti pembangkang dan bagi kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang calon pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 diwakili anak Pengerusi DAP Pahang.

Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang juga penyandang kerusi itu berpindah ke kawasan DUN Tanah Rata dan memberi laluan kepada anak perempuannya Leong Yu Man, 28, bertanding di kawasan itu.

Yu Man akan ditentang calon Barisan Nasional (BN) Tan Tin Loon.

Ngah Ngah menang kerusi DUN Triang pada pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon BN (Tan Tin Loon) dengan majoriti 2,469 undi.

Tan ketika ditemui pemberita berkata tindakan DAP meletakkan calon mereka yang juga anak perempuan penyandang kawasan itu, jelas menunjukkan parti pembangkang secara terang-terang mengamalkan nepotisme, dan jelas ia adalah 'parti keluarga'.

Beliau berkata jika pucuk pimpinan tertinggi parti pembangkang pun melakukan perkara sama, tidak hairanlah pemimpin di peringkat negeri mahupun bawah, juga berbuat demikian.

Tan yang dicalonkan sekali lagi bagi mewakili BN berikrar akan bekerja keras untuk memikat hati pengundi di kawasan yang dikenalpasti kubu kuat DAP di Pahang.

"Saya yakin pengundi Triang sebahagian besarnya adalah pengundi Cina akan memilih BN pada kali ini, angin perubahan politik semasa semakin berpihak kepada kami berikutan beberapa pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Sementara itu Yu Man yang bekerja sebagai Pakar Bidang Kesihatan Pemakanan di Singapura berkata beliau yakin pengaruh ayahnya di kawasan berkenaan selama empat penggal itu, akan memberi kemenangan kepadanya.

"Politik bukanlah pilihan saya tetapi sebagai menjalankan amanat orang tua dan permintaan pengundi dan ahli DAP, saya menawarkan diri bertanding," katanya.

Mengikut daftar pemilih Suruhajaya Pilihan Raya, seramai 18,527 pengundi layak mengundi di kawasan itu pada 5 Mei ini.

Lebih 45 peratus adalah pengundi kaum Cina. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan