DAP Masih Buka Pintu Pada Ahlinya Yang Bertanding Bebas - Kit Siang - Berita Semasa | mStar

DAP Masih Buka Pintu Pada Ahlinya Yang Bertanding Bebas - Kit Siang

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: DAP memberi peluang kepada anggotanya yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk kembali kepada parti sekiranya mereka menarik balik pencalonan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata berdasarkan kepada keputusan parti, anggota DAP yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat tetapi diberikan kelonggaran sekiranya menarik balik pencalonan mereka.

"Sesiapa yang bertanding Bebas adalah mereka yang melawan keputusan parti, serta-merta akan dipecat. Kalau mereka hendak membetulkan kesilapan dan menarik balik pencalonan serta memberikan sokongan kepada parti, kita akan pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam parti," katanya pada Ahad.

Lim yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata demikian kepada pemberita di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah di sini.

Pada PRU-13 ini, beberapa pemimpin DAP termasuk penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Ng Lam Hua, Sim Tong Him (DUN Kota Laksamana) dan Jenice Lee Ying Haa (DUN Teratai) bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak berpuas hati dengan keputusan parti.

Lim yang meninggalkan Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah menyifatkan individu yang bertanding sebagai calon Bebas sebagai golongan yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti tentang pencalonan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan