Calon BN Dan DAP Bertembung Di Pasar Awam Juru - Berita Semasa | mStar

Calon BN Dan DAP Bertembung Di Pasar Awam Juru

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Para peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Perkampungan Juru di sini menjadi teruja apabila melihat para calon Barisan Nasional (BN) dan DAP berkunjung ke pasar itu pada Ahad.

Mereka terdiri daripada Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah dan calon bagi kerusi Parlimen Batu Kawan, N. Gobalakrishnan.

Bagi pihak pembangkang, mereka terdiri daripada calon kawasan Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, DUN Bukit Tengah, Ooi Chin Wen dan calon DUN Perai, P. Ramasamy.

Kehadiran mereka sebagai sebahagian program kempen dan suai kenal dengan pengundi diterima mesra para peniaga dan pembeli.

"Lawatan ini lebih untuk berkenalan dengan penduduk setempat. Setakat ini mereka tidak menyuarakan apa-apa permintaan. Saya gembira kerana lawatan ini mendapat sambutan baik penduduk," kata Teng kepada pemberita yang turut mengikuti lawatan itu.

Gobalakrishnan pula berkata selepas ini beliau akan mengadakan gotong royong dengan penduduk Taman Inderawasih.

Seorang peniaga P.Daviny, 38, gembira kerana gerainya dilawati bakal-bakal calon kedua-dua parti.

"Saya gembira mereka datang, boleh kenal-kenal," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan