Anwar Pertahan Chegubard Sebagai Calon DUN Sungai Acheh - Berita Semasa | mStar

Anwar Pertahan Chegubard Sebagai Calon DUN Sungai Acheh

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS.

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat sini Sabtu malam.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan