7 Tahun Tempoh Penting Jadikan Malaysia Negara Maju - TPM

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri berkata, tempoh tujuh tahun ini adalah jangka masa penting untuk menyediakan segala kepakaran dan keperluan bagi memenuhi tuntutan sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran mempersiapkan modal insan atau tenaga mahir perlu diatasi untuk memastikan sektor-sektor yang sedang dimajukan tidak terjejas sekali gus memastikan proses pembinaan negara berjalan lancar.

"Dalam tempoh tujuh tahun ini Malaysia akan jadi maju dan berpendapatan tinggi. Jadi kita perlukan lahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan sektor-sektor yang kita majukan selaras dengan pembangunan ekonomi kita," katanya.

Beliau yang juga calon bagi kerusi Parlimen Pagoh berkata demikian ketika berucap berucap merasmikan pelancaran kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Taman Pagoh Jaya, di sini, Ahad.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Pada majlis tersebut Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyumbang RM4.8 juta kepada UTHM untuk membeli lima unit rumah kedai bagi menjadikan kolej kediaman serta modal pusingan koperasi universiti berkenaan.

Muhyiddin berkata, keperluan dan kepakaran yang diperlukan untuk pembangunan negara dilahirkan melalui pelbagai sumber terutama dari universiti-universiti tempatan dan atas sebab itu kerajaan amat menitikberatkan bidang pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak katanya, berpandangan jauh untuk melihat bidang pendidikan negara terus maju dan relevan dengan perkembangan semasa kerana menyedari akan muncul bidang-bidang baharu pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau memberitahu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memantau kerja-kerja pembinaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) yang sudah pun dimulakan tahun ini supaya fasa pertamanya siap mengikut jadual pada 2016.

"Jawatankuasa ini akan memastikan jika projek ini bermasalah, akan ada satu tindakan segera dan perlu diberi perhatian supaya ianya tidak tertangguh. Kerja-kerja pembinaan sudah dimulakan di kawasan seluas kira-kira 202 hektar," katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji UTHM kerana merupakan universiti pertama berminat untuk membuka kampusnya di hab berkenaan selepas pemilik tanah, Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd bersetuju menjadikan Pagoh sebagai bandar universiti.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan