Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar "Yang Berhormat" pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor)dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan).-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan