Satu Lawan Satu di Kepala Batas

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Saingan satu lawan satu di kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)di bawahnya.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno) akan berhadapan dengan calon PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden di Kepala Batas.

Mohd Zain Ahmad (Umo) akan berdepan dengan calon PAS Rosidi Hussain bagi kerusi DUN Penaga.

Bagi kerusi DUN Bertam, pula menyaksikan saingan antara calon PAS Syed Mikael Rizal Aidid dan calon Umno, Shariful Azhar Othman.

Di Pinang Tunggal, penyandang kerusi Datuk Roslan Saidin akan bertanding menentang calon PAS, Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya bagi Kepala Batas, Nawawi membuat pengumuman rasmi di pusat penamaan calon di Pusat Latihan Perindustrian Kepala Batas.

Semua calon merupakan muka baru kecuali Roslan Saidin.

Ratusan penyokong setia parti masing-masing turut serta dalam perarakan membawa calon masing-masing ke pusat penamaan calon seawal pukul 8 pagi tanpa menghiraukan cuaca panas.

Calon BN memakai baju Melayu berwarna biru sementara calon pembangkang memakai baju Melayu berwarna hijau.

Sebelum ini dilaporkan bakal berlaku perubahan bagi calon kerusi Parlimen Kepala Batas.

Bagaimanapun Reezal dan lawannya menerima sokongan daripada penyokong dan pemimpin parti masing-masing.

"Serangan terhadap saya di sepanduk dan laman media sosial dilakukan oleh parti lawan bukan orang kita," katanya.

Beliau menegaskan akan mempertahankan Kepala Batas yang merupakan kubu kuat BN serta berjanji akan meneruskan legasi bekas penyandang kerusi berkenaan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Abdullah turut serta dalam perarakan bersama Reezal ke pusat pencalonan beliau turut menjadi pencadang bagi kertas pencalonan Reezal.

Abdullah turut melahirkan kenyakinan Reezal mampu meneruskan kerja yang telah dilaksanakan oleh BN di kawasan berkenaan.

Bekas penyandang kerusi, Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Bertam, Zabariah Abdul Wahab turut hadir bagi menyatakan sokongan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan