Satu Lawan Satu di Gelang Patah Antara Ghani & Kit Siang

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saingan bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah bakal menyaksikan saingan satu lawan satu, antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas calon Bebas R. Rajandran menarik diri pada saat akhir.
Saingan bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah bakal menyaksikan saingan satu lawan satu, antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas calon Bebas R. Rajandran menarik diri pada saat akhir.

JOHOR BHARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, calon Barisan Nasional, akan berdepan satu lawan satu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang bertanding kerusi panas Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Pada penamaan calon pagi sABTU, calon Bebas, R.Rajandren turut mengemukakan kertas pencalonannya bagi kerusi parlimen itu tetapi menarik diri pada saat-saat akhir, 15 minit sebelum proses penamaan calon ditutup.

Abdul Ghani tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Johor Baharu, di sini pada pukul 9.10 pagi, kira-kira lima minit awal daripada Lim.

Beliau tiba bersama Dr Zaini Abu Bakar, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan calon BN bagi DUN Skudai, Liang Ah Chye.

Rajandren, 55, bekas anggota tentera dan Ketua Cawangan MIC Skudai Baru, tiba sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka tepat pada pukul 9 pagi bersama penyokong serta pencadang pencalonannya.

Lim pula tiba di pusat penamaan calon ditemani Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang bertanding kerusi DUN Skudai dan wakil kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang akan bertanding untuk DUN Nusajaya serta kerusi Parlimen Pulai.

Abdul Ghani mengemukakan pencalonannya pada pukul 9.30 pagi, kira-kira 10 minit selepas Lim.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan